Wednesday, July 09, 2008

Baik jadi pengemis!

Saya sedang berjalan keluar daripada
kolej saya ketika saya melihat seorang
pengemis tua, dalam lingkungan umur 50-
an, sedang duduk meminta sedekah.
Selalunya, saya hanya memberi wang
kepada mereka dan terus berlalu. Entah
kenapa, mungkin mood saya tengah baik
dan saya pun tiada rushing nak ke mana-
mana. Saya lalu berbual2 dengan hamba
Allah tersebut.
Saya :Sudah lama mengemis, pakcik?
Pengemis :Ya...lebih kurang sudah 18
tahun , nak.
Saya :Wah, sudah lama juga ya
pakcik..sehari biasanya dapat berapa
pakcik?
Pengemis :Paling sedikit RM50.00 nak
Saya :Banyak juga ya pakcik??
Pengemis :Bolehlah nak, untuk
keluarga...
Saya :Ohhhh.....keluarga pakcik ada
di mana?
Pengemis :Isteri pakcik meninggal
ada 3 orang anak, tiga-tiga lelaki. Yang
pertama dekat di Universiti Putra Malaysia di Serdang
tu. Yang kedua dekat Universiti
Malaya , dan yang ketiga dekat
Universiti kebangsaan Malaysia di Bangi
nunn..
Saya :Wahh..hebat- hebat keluarga
pakcik ni...boleh tahan juga yerrr..
Pengemis :(Sambil tersenyum ;-)
Biasalah nak. Anak pun pandai apa,
sekolah kat sini?
Saya :(Membalas senyuman..^_ ^..)
Pakcik ni..So anak pakcik tu semuanya
masih kuliah?
Pengemis :Tak arrrrrr....semuanya
mengemis seperti pakcik....Diorang kata
duduk mengemis dekat universiti ni
banyak ckit incomnyer pasal budak2 U
nie pemurah! Lagi2 kalau dekat2 exam.
Setakat dua tiga ratus sehari tu biasalah!
Saya :Cisss..Hampehhhhhh. ......!!!!
Hehehehehe.. dah, pi sambung buat kerja
tu balik, kalau taknak menerima nasib
seperti pakcik.

No comments: